Tuesday, March 25, 2014

1st Besday Hanis Nur Iman

 
Tanggal 16 Jan 2014 genaplah buah hati ibu & ayah setahun. Semoga menjadi anak yg solehah, pintar & beriman....ameeen.
 
 
Potong kek & makan2 kt Chop n Steak, Serdang, Seri Kembangan.
 
 
 
Sebelum ni dah potong kek umah nenek kat Kelantan 16 Jan,  1 Mac umah nenek kt Johor & last  9 Mac potong kek sekali lagi....kali ni just untuk adik beradik yang dok area KL je.    
 

Tuesday, November 19, 2013

Hanis Nur Iman 10 bulan (16 Nov)....

 Iman jd flower girl masa kenduri kawin my cousin baru-baru ni.....gaun sponsored by my aunty


Wednesday, March 13, 2013

Buah Hati Ayah & Ibu (Hanis Nur Iman)


Hanis Nur Iman. DOB: 16 Januari 2013 (8.52 pagi). Snap pic ni masa umurnya 50 hari.

Friday, July 20, 2012

Marhaban ya Ramadhan

  
Assalamualaikum wth,
  
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Perkataan yg indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yg terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yg sempurna adalah PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yg indah adalah HAJI
Khayalan yg baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. AMIN

Kepada semua rakan taulan, saudara mara, adik kakak abang jauh & dekat, yang mengenali diri  saya & suami di sini ingin mengucapkan Marhaban ya Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima disisi Allah swt. Amin.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain"
      -Al-Hadis-

Saturday, May 5, 2012

Pisang Tanduk Goreng

Untuk minum petang....

Resipi: Saljuputih (resepi mak)
Bhn2:-
1 biji pisang tanduk (potong serong @ potong bulat) 
Adunan pisang goreng:-
Tepung beras + tepung gandum
Air secukupnya
Secubit serbuk kunyit
1 sk air kapur (kapur makan)
2 sb kelapa parut
1 sb biji bijan

Secubit garam/secubit gula

*Bancuhan tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair. Dan boleh celup pisang dan goreng. Agak2 dah kekuningan bolehlah di angkat. Sedap jika cicah ngan sambal kicap.

Sambal kicap:- Segengam cili padi, 2 ulas bwg putih, 1/2 - 1 cwn kicap manis cap kipas udang & 1 sb gula di blend kasar. Sambal kicap tidak perlu letak air untuk tahan lama, dan perlu di simpan dlm peti ais.


Sunday, April 29, 2012

Roti lagi....

                               Roti inti kacang merah untuk minum petang.....