Friday, May 27, 2011

Puding Gula Hangus @ Puding Caramel

Puding Gula Hangus ni atau nama glemernya Puding Caramel menjadi puding febret saljuputih......sejak dulu, kini & selamanya. Mmg sedap....manis pun ala manja2 gitu. Nak kurangkan manis pandai2 ler adjust sendiri. Lagipun x elok selalu mkn manis2 nih...karang penyakit x di undang plk yg dtg...
Sejukkan dlm peti ais pastu mkn bersama buah2an campur dlm tin tu.....fuhhhhh sure lagi sedap. Dessert gini mmg sesuai dgn cuaca panas cam skrg nih. Meh layan dessert & semak resepinya:-

Puding Gula Hangus atau Puding Caramel
Sumber resipi asal: hanamemories.blogspot.com
Tp dh di edit oleh saljuputih....hehehehe

Bahan-bahan
400ml susu segar/susu cair (saya letak susu cair marigold je)
5 sudu besar gula halus
3 biji telur (saya guna telur A)
2 biji telur kuning
1/2 sudu kecil esen vanila

[CaRaMeL]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Optional
Buah-buahan campuran (dlm tin)

Cara-cara:-
1) Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam kuali & kacau smpi perang. Bila gula jd perang & berbuih, masukkan 2 sudu besar air. Masak dgn api sederhana. Tuang ke dalam loyang & ketepikan.
2) Masukkan telur & kuning telur dlm mangkuk. Sambil kacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan susu & esen vanila dan kacau sebati. Last sekali tuang ke dlm loyang caramel tadi. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, jgn buka aluminium foil & biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka & sejukkan dlm peti ais.

Sunday, May 22, 2011

Dessert



Dessert simple mcm ni mmg sesuai waktu petang sambil lepak2 bsantai kt balcony mghirup udara segar. Hby mmg suka mkn i/cream so saja letak memcm kt dlm tu kasi dia lg teruja nk mkn....hehehehe jom layan.

Lontong


Lontong ni request dr my hby dh dua tiga hari, tp dek kerana kebizian dgn keje so hari cuti je lah bkesempatan nk msk nasi impit & lontong bagai nih. Balik keje hari jumaat terus singgah jusco beli bhn2 sambil beli brgan dapur yg lain.

Lontong ni mmg sinonim ngan org Johor. So sbb tu jgk lontong ni mjd febret my hby sejak azali. If ada lontong confirm hby x nk mkn makanan lain dari pagi smpi petang. Oleh kerana hby suka, terpaksa ler cari & mencuba pelbagai resipi. Last sekali maintain dgn 1 satu resipi ni je.

Jom kita tgk resipinya:-
7 biji bwg merah }
2 biji bwg putih }
1 biji cili merah } di hiris halus
1 biji cili hijau }
4 biji cili padi }

1 liter santan
1 btg carrot
1 keping fucuk (rendam ngan air)
Suun (rendam ngan air) agak2 je tp jgn byk nti kuah tlalu pekat)
Anggaran 1 cwn kacang pjg & kcg buncis potong serong
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit isi ayam/isi udang (jika suka)
Minyak utk menumis
Garam & gula sbg perasa

Cara:

Tumis bhn yg di hiris hingga naik bau, mskkan santan dan serbuk kunyit. Santan hendaklah sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak. Dh mendidih mskkan carrot, isi ayam/isi udang, kekacang, suun, fucuk garam & gula. Agak2 sayuran dh msk boleh tutup api. Boleh di hidangkan bsama sambal udang/sambal ikan bilis & telur rebus.

Monday, May 2, 2011

Egg Tart

Sbenarnya masa dok tonggek2 ambik gambo, dh x sabar nk ngapp.....hehehehe....teruja tgk hasil dari air tgn sendiri menjadi gak akhirnya. B4 ni dh try buat tp hasilnya kurang memuaskan. Kali ni alhamdulillah...hby ckp sedap mcm yg kt kedai katanya. TQ darling, lain kali leh buat lg. Tu baru dpt pujian sikit...gumbiranya rasa x hingat dunia.
Tart ni buat hari sabtu 2 hari lepas. Tp dsbbkan line tenet x bape ok sejak 2 menjak nih, so terpaksa ler bersabor nk n3.