Monday, March 21, 2011

Juice Avacado

Sbenarnya kes teringin ler nih....asik dok tgk kengkawan blogger yg dok tayang jus nih. Kebetulan p Tesco ada ternampak buah avacado ni. So beli ler 3 biji (RM10.90), cukup ler utk sorang je minum. Hby mmg x suka jus nih....

Cara membuatnya:- Blend sumer & boleh terus minum.
1 biji avacado masak (buang kulit & biji)
1 1/2 gelas air
Beberapa ketul kiub ais
2 sudu besar Susu pekat @ ikut kemanisan masing2
2 titik esen vanila

Belon Panas Putrajaya






Pic ni snap petang tadi masa p tgk belon panas kt Putrajaya. Wlupun cuaca mendung pertunjukkan belon panas ada jgk tp dh hujung2. Sebenar dari umah pun leh nampak belon tu tp x puas hati...nk jgk p tgk dekat2. Kerana x nak mengecewakan isteri terchenta...so hby bawak ler p tgk.

Tuesday, March 15, 2011

Saturday, March 5, 2011

Menu Lunch Hari ni - Siakap Bakar Portugis & Lemak Kuning Rebung Fresh + Udang

sebelum msk oven nih....pink2 kaler tu hirisan bunga kantan & di tambah dgn hirisan daun kunyit.

fresh dari oven....aromanya....waduh2...hby kata x sabar nk mkn....hehehehe. Dh byk kali buat ikan bakar cam ni, tp hby kata x jemu2. Saya penah tgk DTS-Mat Gebu buat ikan bakar mcm ni, ada gak persamaannya, cuma ada sikit tambahan bahan2 lain je. Apapun tima kasih pd DTS-Dapur Tanpa Sempadan kerana menjadi sumber rujukan saya juga.

Jom layan resipi.....
Sekor ikan siakap belah mcm butterfly (bersihkan & lumurkan dgn perahan lemon @ asam jawa @ limau kasturi) - saya guna asam jawa.
*1/2 inci lengkuas
*1/2 inci kunyit
*1/2 inci halia
*2 biji bwg besar merah @ 10 biji bwg merah
*4 ulas bwg putih
*1 sudu kecil belacan
*10 biji cili kering
*5 biji cili padi,
* 1 @ 2 biji limau kasturi (buang biji, blend dgn kulitnya sekali)
*sehelai daun kunyit
*1/2 biji bunga kantan
*5 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit utk di hiris } di tabur atas ikan
1/2 biji bunga kantan di hiris } masa nk bakar
2 helai daun pandan jika ada)utk buat alas ikan. Alas dgn daun Pisang pun boleh jgk.

Caranya : Blend sumer bahan bertanda (*) dan tumis hingga masak & naik minyak. Suaikan dgn gula, garam & perasa & angkat. (jd mcm kuah ikan sambal)
Lumurkan ikan dgn sambal kita yg kita buat td. Salut dulang pembakar dgn aluminium foil, kemudian susun daun pandan & daun kunyit.
Letak ikan yg di lumur dgn sambal atas daun2 td. Pastu taburkan hirisan bunga kantan & daun kunyit & siap utk di bakar. Bakar selama 1/2 jam (180*C). Siakap Bakar Siappppppp.

*Jika bakar guna kuali pun boleh, alas dgn aluminium foil & daun pisang & tutup dgn daun pisang senang nk angkat & terus letak dlm pinggan.

Masak lemak rebung...yg ni x pyh letak resipi....sumer dh tahu kan.

Saturday breakfast

Ni menu bfast saya pagi tadi...



DAN.....nasi goreng ni plk utk my darling......
just nasi goreng campak2 je, keje sooonang.

Wednesday, March 2, 2011

Kembali bersiaran....

Kuih cara

Bhn2:-
1 cwn tpg gandum
2 cwn santan (saya guna santan kotak je + dgn air)
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau @ kuning
2 sudu mkn minyak jagung @ butter di cairkan
1 sudu teh esen vanila
*gula

Cara membuatnya:-
Blend sumer bahan kecuali *gula, kemudian tapis agar adunan tak berketul. Sapukan acuan dgn minyak & boleh tuang dlm acuan. Masukkan 1/2 dlm acuan, pastu letak gula sikit dan tambah sikit lg adunan & tutup jap dgn tutup piyuk. Lepas 2 minit dh leh angkat.
**********************************************************
Kuih cara ni paling simple dan terlalu senang nk buat. Bakar pun guna gas je....