Sunday, May 22, 2011

Lontong


Lontong ni request dr my hby dh dua tiga hari, tp dek kerana kebizian dgn keje so hari cuti je lah bkesempatan nk msk nasi impit & lontong bagai nih. Balik keje hari jumaat terus singgah jusco beli bhn2 sambil beli brgan dapur yg lain.

Lontong ni mmg sinonim ngan org Johor. So sbb tu jgk lontong ni mjd febret my hby sejak azali. If ada lontong confirm hby x nk mkn makanan lain dari pagi smpi petang. Oleh kerana hby suka, terpaksa ler cari & mencuba pelbagai resipi. Last sekali maintain dgn 1 satu resipi ni je.

Jom kita tgk resipinya:-
7 biji bwg merah }
2 biji bwg putih }
1 biji cili merah } di hiris halus
1 biji cili hijau }
4 biji cili padi }

1 liter santan
1 btg carrot
1 keping fucuk (rendam ngan air)
Suun (rendam ngan air) agak2 je tp jgn byk nti kuah tlalu pekat)
Anggaran 1 cwn kacang pjg & kcg buncis potong serong
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit isi ayam/isi udang (jika suka)
Minyak utk menumis
Garam & gula sbg perasa

Cara:

Tumis bhn yg di hiris hingga naik bau, mskkan santan dan serbuk kunyit. Santan hendaklah sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak. Dh mendidih mskkan carrot, isi ayam/isi udang, kekacang, suun, fucuk garam & gula. Agak2 sayuran dh msk boleh tutup api. Boleh di hidangkan bsama sambal udang/sambal ikan bilis & telur rebus.

No comments:

Post a Comment