Karipap ni mmg febret darling aku.... so bila darling suka mkn, aku pun rajin ler membuatnya. If buat kuih2 lain x ada di jelingnya.....tp klu dpt karipap rasanya x payah mkn nasi......boleh di katakan suka tahap gaban ler jgk....tp yg sbenarnya aku pun suka gak karipap ni....saja x nak ckp.....hehehehe...
Hari sabtu lagi buat karipap ni tp baru hari ni berkesempatan nk n3. Pastri aku CnP kt blog lieza sarawak tu je. Mintak ijin yoooo lieza...dh ambik baru mtk...hehehe. tp kan mmg soodap pastri ko ni.....
Bahan-bahan pastri (20-25 biji)
4 cawan tepung
3/4 cawan minyak-panaskan
3/4 cawan air - atau lebih
1 sk garam
Cara-cara :
masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata sebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti dan 1 slice telur rebus & klim. goreng dengan api perlahan.
Cara aku soonang je mskkan je sumer dlm BM biar BM yg ulikan. Sementara tu blh ler buat intinya...
Inti karipap (ini caraku....)
1 tin kecil sardin
2 biji ubi kentang (potong dadu)
2 biji carrot (potong dadu)
5 biji telur (di rebus, potong 4)
Bhn Blend2 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
2 sudu kecil udang kering
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu kecil serbuk cili
segengam ikan bilis
4 biji cili padi (ikut kepedasan)
Perasa
sedikit air
cara membuatnya:
Tumis bhn blend hingga naik bau. Tambahkan air dan masukkan carrot & ubi kentang, kacau & biarkan sekejap. Kemudian mskkan sardin yg telah di hancurkan dan biarkan kentang/carrot empuk dan kering. Sejukkan...
* Sebelum klim letak 1 slice telur rebus, telur sebelah lagi sooodap.
* Penah makan kt kedai mamak karipap yg letak inti kentang + telur rebus nih.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment