Thursday, March 25, 2010

Roti kismis




Tgk sumer org dok meroti jeee......jeles plk. Mlm td kebetulan tadak benda nk buat....so aku meroti jelah. Lagipun saja nak bg BM ku keje sikit, sian kt dia sekian lama dok nyorok dlm kabinet....

My darling plk asik bising je, sejak 2 menjak ni x penah tgk buat roti dan guna BM tu. Dulu tadak BM sibuk nk BM, bila dia dh beli dok simpan je katanya...hehehheee...
Tadak masa ler nak meroti nih.....balik keje dh ler lambat mcm2 benda nk buat. Kekadang tu tunggu hari minggu je lah nk buat roti @ kuih muih ni.
Tapi akhirnya jd gak roti aku nih....sesape nk buat...tgk resipi kt bwh ni ye.

Bahan2nya:

300g tepung roti (high protein flour)
1 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu kecil bread improver
1/4 sudu kecil garam halus
50g gula halus
8g instant yeast
50 g mentega @ shortening
50 g kismis
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
120ml air
Sedikit mentega utk sapu di permukaan roti *

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan diatas kecuali bertanda (*) ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk sedikit dan bagi kepada beberapa bahagian. Bulat2 kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
Biarkan 30-35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15-20 minit atau hingga kaler perang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biarkan sejuk dan hidangkan.....

No comments:

Post a Comment