Monday, April 11, 2011

Kek Pelangi

Dah lama x buat kek pelangi cam ni, so baru2 ni kebetulan dok godek2 koleksi resepi teringin plk nk buat. Ini ler antara kek yg paling senang nk buat dgn bahan yg paling simple. Org dulu2 zaman mak2 kita mmg suka buat kek nih terutamanya masa raya, boleh di katakan femes jgk ler. Tapi...bila nk di bandingkan dgn kek moden skrg, kek ni lagi sedap sebenarnya.......

Izinkan saya kopipes je CK....

Kek Marble
sumber: Cendanakasih.blogspot.com

Bahan-Bahan
• 80gm mentega (dicairkan)
• 200 g gula halus
• 190gm telur (pecahkan dalam mangkuk dan timbang)
• 250 gm tepung kek*
• 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
• 75ml susu cair
• 1 sudu kecil ovalet
• pewarna yang disuka
• 1 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan telur sampai kembang. Kemudian masukkan ovalet, pukul lagi
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
3.Bahagi adunan mengikut warna yang dikehendaki. CK buat 3 warna
4.Satu bahagian dicampurkan serbuk koko dan digaul rata.
5.Tuang adunan dalam tin yang dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 minit
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya dan boleh dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment