Wednesday, April 13, 2011

Petua Kecantikan

Amalkan petua2 nih ye.....

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jgn terus bangun, tp mengiring ke
kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mgiring ke kanan tekan
tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) & bangun perlahan-lahan. Lunjurkan kaki & bongkok ke depan & cuba capai jari kaki dgn mghulurkan tangan & buat ler apa2 senaman ringan.

2. Minum segelas air masak & baca Al-Fatihah dahulu & minum. Slps mandi & Solat Subuh, minum segelas lagi & baca Al-Fatihah dahulu sblm minum & sblm pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi. Insyallah, akan mendapat merasa segar & bertenaga).

3. Bagi wanita yang berumur 30++ tahun ke atas, selepas mencuci muka & memakai toner, sblm memakai pelembab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi shj & lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dgn air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jgn minum air bergas, kopi, nescafe, teh & jgn makan benda2 sejuk seperti:- kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,
makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buahan manis mcm epal, betik, lai, dll.

6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
• Beli susu segar dlm kotak @ bancuhan susu tepung
• Sapu susu seluruh muka & badan
• Biarkan kering
• Bilang dgn sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan & mghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
• Halba )
• Jintan Manis )
• Jintan Putih )
• Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya lumur pada
• Bunga Cengkil ) badan & airnya mandi pada bilasan akhir
• Serai wangi )
• Daun Pandan )

9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
• Bunga Ros 3 kuntum )
• Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dlm air & mandi pada bilasan akhir
• Daun Pandan )
• Serai wangi )

10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala & bungkus dgn tuala selama 20 minit. Jika rambut berminyak, campurkan santan dgn limau nipis / asam jawa.
* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dlm air panas & bungkus kepala selama 10 minit.
• Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu (jika inginkan rambut merah) & campurkan kopi satu sudu (jika inginkan
rambut hitam). Bancuh dgn air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji & kacau rata sblm disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam utk hasil yang memuaskan.

11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT, CELAH KELANGKANG DSB.

• Susu segar ( satu kotak) campur dgn badam/Oat & gosok di tempat2 tersebut setiap hari.
* Jika blend carrot/apple @ apa2 buah utk jus, simpan hampas untuk scrub kt muka & seluruh badan.

12. VITAMIN ? Ambil :
• EPO (Evening Primrose Oil ? Boleh dibeli di farmasi) ? Vitamin E
• Vitamin C
• Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)

RESEPI UNTUK KESIHATAN

Carrot Sandwich
• Rebus carrot, lenyekkan.
• Sapu sedikit mayonis dan carrot yg telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
• Salad (Potong kecil-kecil)
• Sedikit mayonis
• Timun yang dihiris nipis
• Telor rebus

Jom kita "spa" kt umah........

No comments:

Post a Comment