Tuesday, April 26, 2011

Pulut Kuning & Rendang Ayam Saljuputih

Pulut kuning buat semalam lg, baru ni berkesempatan nk N3. Mood nk mengN3 tetiba merudum dari hari sabtu lg. Ini sumer kes hp kesayangan ku hilang, tak tahu jatuh kt ner. Sedih gilerrr beb....hp tu mmg "sentimental value" hadiah dari my darling sempena besdayku. adusssssss...sedihnya. Nak mkn pulut pun x ada selera.
Di sini juga di sertakan resepi rendang ayam & pulut kuning saljuputih.....utk rujukan kengkawan semua. Selamat mencuba.

Rendang Ayam Saljuputih
Seekor ayam potong kecil (bersihkan/toskan air - lumur ngan halia)
Goreng ayam separuh masak @ kekuningan & ketepikan.

Bahan2 blend
3 biji bwg besar @ 15 biji bwg merah
5 biji bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 batang serai
15 biji cili kering - ikut kepedasan masing2
5 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih } jika suka - x letak pun x per
1 sudu kecil ketumbar }
*********************************************************
1 senduk minyak utk menumis
2 kotak kecil santan ayam brand (kotak biru)
1 senduk kerisik (saljuputih guna kelapa kering & goreng tanpa myk smpi jd perang & blend)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Bahan perasa (garam, gula pasir & gula melaka)

Cara2: Panas minyak & tumis bahan blend hinga naik minyak. Mskkan santan & kacau hingga sebati lebih kurang 10 minit, masukkan bahan2 perasa. Kemudian masukkan ayam & biarkan kuah jd pekat & barulah letak kerisik. Last sekali masukkan daun kunyit yg di hiris halus & kacau sebati. Suaikan rasa & boleh ler angkat.
Tapi pada sape yg penah tgk chef wan buat rendang, ada dia letak perahan limau, jika suka boleh mskkan. Tapi saljuputih x letak pun.

Pulut Kuning Saljuputih
Beras Pulut rendam dgn serbuk kunyit & asam keping selama 1/2 jam & toskan. Kemudian mskkan beras pulut, serbuk kunyit (sikit je), daun pandan, secubit garam & air dlm rice cooker. Air sikit je agak melepasi pulut & mskkan/tanak pulut mcm msk nasi. Jika suka boleh letak santan. Tp saljuputih x letak pun santan dlm pulut nih, takut kolestrol tinggi woooo.....dh la dlm rendang ada santan & mcm2...

Petua Saljuputih....
* Utk rendang ayam - ayam di goreng terlebih dahulu supaya ayam tidak mudah hancur
& tidak mudah basi.
* Bg mereka yg nk buat rendang daging, daging hendaklah di masukkan lebih awal
supaya daging empuk & tidak keras.
* Tujuan masukkan asam keping dlm rendaman beras pulut/serbuk kunyit supaya kaler
menyerap kt beras tu. nk tahu cuba ler....(ini petua org dulu2)

No comments:

Post a Comment