Saturday, June 25, 2011

Siakap Bakar Salju Putih


Siakap bakar cam ni sedap gak...hby cukup suka. Bahan2 main campak2 je...tgk apa yg ada dlm esbok. Meh tgk resipinya....

Ikan siakap di bersihkan, toskan. Lumur ikan dgn asam jawa & ketepikan.
Cara2 buat pes utk lumurkan pd ikan:- 2 biji bwg besar, 1 inci halia, 1 inci kunyit, 1 helai daun kunyit, 1 btg serai, 2 sudu pes tomyam. Blend je sumer bahan2 dgn sedikit air. Tumis bahan2 blend, kacau hingga jadi pekat & suaikan rasa. Angkat & lumur pd ikan. Letak ikan atas aluminium foil & bakar dlm oven selama 1/2 jam. Bakar dlm kuali pun boleh, kuali kena tutup. DAN lebih sedap lagi kalau lapik ngan daun pisang pisang. Pd kwn2 blogger selamat mencuba.

Ayam Bakor Bijan

Kuih Bakar Kentang




1st time buat kuih bakar....alhamdulillah menjadi gak, selalunya dok beli kt psr mlm je. Now dh reti buat, so x pyh ler beli lagi. Rupanya senang sgt nk buat. Dok intai2 kt blog hanamemories, so jumpa resepi kuih bakar nih. TQ hanamemories, izinkan saya kopipes ye....

Kuih Bakar Kentang
Sumber resepi: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:-
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur- hana tmbh 1/2 biji lg
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan - hana tmbh 1/4cwn
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan- as n hana guna butter - saljuputih letak butter cair
garam n esen - nih hana tmbh - saljuputih letak jgk

Cara-cara

Kacau telur dan gula. masukkan tepung, santan dan pewarna. kacau rata dan tapis.(hana tk tapis, tp blend jer semua termasuk kentang), (Saljuputih ikut sebiji mcm hana buat). Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi/butter cair tadi dan gaul sebati. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sekejap dan tuang adunan. tabur bijan jika suka.Bakar suhu 180 selama 50-60min utk dapatkan kerak yang best!
Sejukkan dahulu baru potong. Jika masak dalam acuan kecil2, bakar dalam oven selama 20-30min.

Sunday, June 19, 2011

Spaghetti Bolognaise


Selamat berhari minggu buat semua blogger. Semestinya mcm2 juadah & resepi di sediakan di hujung minggu agaknya. Tapi hari ni Saljuputih x ada menu special cuma nk n3 Spaghetti Bolognaise je. Sbenarnya x plan pun nk buat, tetiba pepagi td tekak tingin nk mkn Italian Food plk. Padahal baru 3 hari lepas hby dh bawak p mkn spaghetti kt Pizza Hut tp x puas mkn, nk jgk buat sendiri......
Hby ckp lebih sedap yg buat sendiri memacam blh letak, dan kebetulan sumer bahan2 ada so buat ler utk hilangkan kempunan. Jom lunch sama....Spaghetti Bolognaise...nih..

Meh semak resipinya:-

Spaghetti di rebus 10 minit. toskan air & gaulkan dgn myk zaitun.

2 biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (cincang)
2 biji tomato (potong dadu)
1 cwn isi ayam (potong dadu)
2 batang sosej (hiris nipis)
1/2 tin cendawan butang (hiris nipis)
1/2 cwn isi udang (potong dadu)
1 sudu kecil lada hitam (blend)
5 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
garam/gula secukup rasa
1/2 sudu kecil oregano
1 helai daun bay
sedikit air
Minyak zaitun utk menumis

Cara2nya:-

Bwg besar, bwg putih di tumis hingga naik bau masukkan isi ayam, isi udang, hirisan sosej & tomato dadu. Kacau hingga sebati, masukkan tomato puri, sos tomato, oregano, daun bay, hirisan cendawan butang & lada hitam. Suaikan rasa dgn garam & gula. Kacau & biarkan mendidih kemudian boleh angkat. Siapppp...

Saturday, June 18, 2011

Kek Kukus Prune


Black Pepper Steak


Strawberry Juice



......nyaman rasanya bila pekena jus nih....

Senang je nk buat...jus blend sumer....
5-6 biji buah stoberi
1/2 cwn susu cair @ susu segar
2 sudu besar susu pekat } ikut kemanisan masing2
1 sudu besar gula }
1 mug air
1/2 cwn ice cube