Friday, May 27, 2011

Puding Gula Hangus @ Puding Caramel

Puding Gula Hangus ni atau nama glemernya Puding Caramel menjadi puding febret saljuputih......sejak dulu, kini & selamanya. Mmg sedap....manis pun ala manja2 gitu. Nak kurangkan manis pandai2 ler adjust sendiri. Lagipun x elok selalu mkn manis2 nih...karang penyakit x di undang plk yg dtg...
Sejukkan dlm peti ais pastu mkn bersama buah2an campur dlm tin tu.....fuhhhhh sure lagi sedap. Dessert gini mmg sesuai dgn cuaca panas cam skrg nih. Meh layan dessert & semak resepinya:-

Puding Gula Hangus atau Puding Caramel
Sumber resipi asal: hanamemories.blogspot.com
Tp dh di edit oleh saljuputih....hehehehe

Bahan-bahan
400ml susu segar/susu cair (saya letak susu cair marigold je)
5 sudu besar gula halus
3 biji telur (saya guna telur A)
2 biji telur kuning
1/2 sudu kecil esen vanila

[CaRaMeL]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Optional
Buah-buahan campuran (dlm tin)

Cara-cara:-
1) Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam kuali & kacau smpi perang. Bila gula jd perang & berbuih, masukkan 2 sudu besar air. Masak dgn api sederhana. Tuang ke dalam loyang & ketepikan.
2) Masukkan telur & kuning telur dlm mangkuk. Sambil kacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan susu & esen vanila dan kacau sebati. Last sekali tuang ke dlm loyang caramel tadi. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, jgn buka aluminium foil & biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka & sejukkan dlm peti ais.

Sunday, May 22, 2011

Dessert



Dessert simple mcm ni mmg sesuai waktu petang sambil lepak2 bsantai kt balcony mghirup udara segar. Hby mmg suka mkn i/cream so saja letak memcm kt dlm tu kasi dia lg teruja nk mkn....hehehehe jom layan.

Lontong


Lontong ni request dr my hby dh dua tiga hari, tp dek kerana kebizian dgn keje so hari cuti je lah bkesempatan nk msk nasi impit & lontong bagai nih. Balik keje hari jumaat terus singgah jusco beli bhn2 sambil beli brgan dapur yg lain.

Lontong ni mmg sinonim ngan org Johor. So sbb tu jgk lontong ni mjd febret my hby sejak azali. If ada lontong confirm hby x nk mkn makanan lain dari pagi smpi petang. Oleh kerana hby suka, terpaksa ler cari & mencuba pelbagai resipi. Last sekali maintain dgn 1 satu resipi ni je.

Jom kita tgk resipinya:-
7 biji bwg merah }
2 biji bwg putih }
1 biji cili merah } di hiris halus
1 biji cili hijau }
4 biji cili padi }

1 liter santan
1 btg carrot
1 keping fucuk (rendam ngan air)
Suun (rendam ngan air) agak2 je tp jgn byk nti kuah tlalu pekat)
Anggaran 1 cwn kacang pjg & kcg buncis potong serong
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit isi ayam/isi udang (jika suka)
Minyak utk menumis
Garam & gula sbg perasa

Cara:

Tumis bhn yg di hiris hingga naik bau, mskkan santan dan serbuk kunyit. Santan hendaklah sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak. Dh mendidih mskkan carrot, isi ayam/isi udang, kekacang, suun, fucuk garam & gula. Agak2 sayuran dh msk boleh tutup api. Boleh di hidangkan bsama sambal udang/sambal ikan bilis & telur rebus.

Monday, May 2, 2011

Egg Tart

Sbenarnya masa dok tonggek2 ambik gambo, dh x sabar nk ngapp.....hehehehe....teruja tgk hasil dari air tgn sendiri menjadi gak akhirnya. B4 ni dh try buat tp hasilnya kurang memuaskan. Kali ni alhamdulillah...hby ckp sedap mcm yg kt kedai katanya. TQ darling, lain kali leh buat lg. Tu baru dpt pujian sikit...gumbiranya rasa x hingat dunia.
Tart ni buat hari sabtu 2 hari lepas. Tp dsbbkan line tenet x bape ok sejak 2 menjak nih, so terpaksa ler bersabor nk n3.

Thursday, April 28, 2011

Petua Mencuci Hati oleh YBhg. Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi YBhg.Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sekian Wassalam....

Tuesday, April 26, 2011

Pulut Kuning & Rendang Ayam Saljuputih

Pulut kuning buat semalam lg, baru ni berkesempatan nk N3. Mood nk mengN3 tetiba merudum dari hari sabtu lg. Ini sumer kes hp kesayangan ku hilang, tak tahu jatuh kt ner. Sedih gilerrr beb....hp tu mmg "sentimental value" hadiah dari my darling sempena besdayku. adusssssss...sedihnya. Nak mkn pulut pun x ada selera.
Di sini juga di sertakan resepi rendang ayam & pulut kuning saljuputih.....utk rujukan kengkawan semua. Selamat mencuba.

Rendang Ayam Saljuputih
Seekor ayam potong kecil (bersihkan/toskan air - lumur ngan halia)
Goreng ayam separuh masak @ kekuningan & ketepikan.

Bahan2 blend
3 biji bwg besar @ 15 biji bwg merah
5 biji bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 batang serai
15 biji cili kering - ikut kepedasan masing2
5 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih } jika suka - x letak pun x per
1 sudu kecil ketumbar }
*********************************************************
1 senduk minyak utk menumis
2 kotak kecil santan ayam brand (kotak biru)
1 senduk kerisik (saljuputih guna kelapa kering & goreng tanpa myk smpi jd perang & blend)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Bahan perasa (garam, gula pasir & gula melaka)

Cara2: Panas minyak & tumis bahan blend hinga naik minyak. Mskkan santan & kacau hingga sebati lebih kurang 10 minit, masukkan bahan2 perasa. Kemudian masukkan ayam & biarkan kuah jd pekat & barulah letak kerisik. Last sekali masukkan daun kunyit yg di hiris halus & kacau sebati. Suaikan rasa & boleh ler angkat.
Tapi pada sape yg penah tgk chef wan buat rendang, ada dia letak perahan limau, jika suka boleh mskkan. Tapi saljuputih x letak pun.

Pulut Kuning Saljuputih
Beras Pulut rendam dgn serbuk kunyit & asam keping selama 1/2 jam & toskan. Kemudian mskkan beras pulut, serbuk kunyit (sikit je), daun pandan, secubit garam & air dlm rice cooker. Air sikit je agak melepasi pulut & mskkan/tanak pulut mcm msk nasi. Jika suka boleh letak santan. Tp saljuputih x letak pun santan dlm pulut nih, takut kolestrol tinggi woooo.....dh la dlm rendang ada santan & mcm2...

Petua Saljuputih....
* Utk rendang ayam - ayam di goreng terlebih dahulu supaya ayam tidak mudah hancur
& tidak mudah basi.
* Bg mereka yg nk buat rendang daging, daging hendaklah di masukkan lebih awal
supaya daging empuk & tidak keras.
* Tujuan masukkan asam keping dlm rendaman beras pulut/serbuk kunyit supaya kaler
menyerap kt beras tu. nk tahu cuba ler....(ini petua org dulu2)

Thursday, April 14, 2011

Popiah Simple


Mlm ni layan popiah goreng jerr ler. Sajer nk mghabiskan popiah frozen yg buat 2 minggu lepas.
Itu pun ada 6 ketuiiii je lg. Intinya pun sempoiii sgt, just tumis bwg putih/bwg besar, pastu mskkan isi udang, perasa, parutan carrot & taugeh je. If letak sengkuang lagi sedap, tp disbbkan stok sengkuang dh abis, letak apa yg ada je. Dh msk boleh angkat & biarkan ia sejuk sblm gulung ngan kulit popiah.